PENGALAMAN SERAM (REAL) SEMASA DI ASRAMA

 


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum hari ini saya ingin menceritakan pengalaman seram saya semasa menetap di asraama pada tahun lalu iaitu pada tahun 2022. 


Ok kisahnya bermula begini, sejak melangkah masuk ke tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di negeri yang terletak di selatan tanah air. Saya memang tidak tinggal di asrama. Tetapi sekolah agama ini ada dua alam iaitu bagi pelajar yang kediamannya jauh dari sekolah disediakan asrama untuk mereka menetap manakala pelajar yang rumahnya dekat sahaja mereka berulang - alik setiap hari ke sekolah. Namun tidak semestinya begitu, sesiapa yang tinggal berdekatan ingin tinggal di asrama juga boleh memohon jika terdapat kekosongan. Rumah saya sememangnya dekat dengan sekolah, kurang lebih 5 minit menaiki kereta dah boleh sampai. Tapi nak jalan kaki memang dikira jauh la jugak. Tapi masa Form 1 , ayah saya pernah isikan borang untuk saya tinggal di asrama tapi tidak berjaya kerana perlu diberi keutamaan kepada orang lain kerana tiada kekosongan pada ketika itu.


Tahun demi tahun berlalu, kini saya sudah melangkah masuk ke Form 5.  Sekolah saya ini dikira sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan result SPM pun boleh tahan juga. Sepertimana yang semua orang tahu bila jejak je kaki ke dunia Form 5 jadual kita akan jadi sangat - sangat pack. Siang malam pagi petang Sabtu Ahad akan ada kelas. Biasala cikgu semua nak yang terbaik untuk anak murid mereka. Kadang saya kesian juga dengan mereka sanggup tinggalkan anak - anak di rumah demi anak murid di sekolah yang sering kali buat mereka sakit hati, marah, stress. Tu la kerja sekolah tak pernah nak siap, lepastu boleh pula bantai tidur masa dia tengah mengajar. Jadi, adik-adik insaflah ya.

 

Alright back to the story, setiap tahun Form 5 akan ada kem Smart Study yang mana semua Form 5 perlu di tinggal di asrama dalam 4 ke 5 hari macamtu saya pun tak ingat sangat. So, di sinilah kisahnya bermula, saya dan beberapa classmates saya tidur di satu dorm 106 ( nombor ni saya main letak je tau hihihi) tapi still ada juga bebeapa orang daripada kelas lain. Alright dorm ini taklah besar dan taklah kecil sangat lebih kurang saiz ruang tamu di kebanyakan rumah teres satu tingkat. Dorm ini memuatkan lebih kurang 7 katil double-decker. Saya sebagai seorang yang introvert dan sukakan privasi pilih untuk tidur dikatil paling hujung belah kanan dekat katil atas. Katil bawah dihuni oleh kawan daripada kelas lain. Barang - barang semua termasuk luggage ke apa ke kami semua yang budak luar terpaksa letakkan di bawah kerana kami sebenarnya menumpang dorm Form 6. Kem ini diadakan semasa cuti sekolah supaya pelajar luar form 5 boleh tinggal di asrama.

 

Di sinilah bermulanya kisah, pada suatu pagi yang hening, saya pun bangunlah daripada tidur lebih kurang pukul 4.30 pagi. Jadi apalagi saya pun bergegas mandi dan bersiap - siap kerana tak nak berebut dengan yang lain nanti. Dengan sudah siap bertelekung, saya turun asrama puteri lalu menuju ke surau yang terletak kira-kira 50 meter daripada aspuri. Dekat je sebenarnya. Surau di sekolah saya ini terletak di atas bukit dan perlu mendaki tangga sedikit untuk sampai ke surau.


 

 Tangga surau sekolah saya memang agak curam lebih kurang macam gambar Google kat atas ni. Masa saya sampai je surau sebelum mendaki tangga, memang gelap gelita la pandangan dari bawah. Walau bagaimanapun percaya atau tidak saya sedikit pun tidak takut kerana tak tahula saya jenis yang malas nk layan hantu - hantu ke kisah - kisah seram ke.. hm begitulah. maka setelah penat mendaki tangga saya terus duduk mengerjakan solat sunat tahajud, solat hajat dan membaca Al - Quran sementara menunggu azan Subuh berkumandang. Masa ni saya masih seorang lagi, lepastu beberapa minit kemudian seorang demi seorang pelajar muslimat lain masuk dengan bertelekung . salah seorang kawan saya yang diberi nama Fatimah ( bukan nama sebenar ) menegur saya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                 " Kau sampai surau pukul berapa tadi ?"

 " Pukul 5 macamtu.."

" Awal bethol kenapa tak kejut aku tadi"

"heheh. lupa." 

perbualan kitaorang berhenti di situ dan kami masing-masing meneruskan membaca Al - Quran. p/s saya memang bahasakan diri sebagai saya even orang sedang berborak menggunakan aku kau. hihi



Pada siangnya sementara menunggu cikgu sampai saya pun berborak dengan classmates. hampir 80% pelajar muslimat dekat kelas saya ni pelajar luar. So bila masing - masing baru masuk asrama semua benda nak di tanya. Tidur pukul berapa semalam, bangun pukul berapa semalam, mandi dekat bilik air mana satu dan  turun Subuh pukul berapa. Semasa sedang rancak berborak Amira (bukan nama sebenar) tanyalah kepada saya :

" pagi tadi kau turun surau pukul berapa "

" pukul 5 macam tu"

" ala cakap la betul-betul . main - main pulak. tak tolong kejutkan pun "

" apa yang main-mainnya.. betulllah saya turun surau pukul 5 bangun pukul 4.30. apa masalahnya? "

" ha Fatimah tadi kau turun Subuh dulu en sebelum aku... betulke dia ada"

" iya dia ada kitaorang sempat borak jugak tadi sebelum Subuh? apa yang susah sangat nak percaya ni Mira "


Tiba-tiba je Amira senyap. krik..krik. 

 

" eh kau jangan nak membongak eh,, pagi tadi aku nampak kau baru lepas mandi pastu bersila tengah sikat rambut kat lantai. dekat dorm kita takde orang lain yang rambut panjang macam kau semua orang yang paling panjang pun sampai bahu je"


Lepastu Amira pun sambung tanya soalan yang sama kepada Fatimah kepada Ain dan Aisyah. jawapan yamg diterima pun masih sama. Then, saya, Fatimah, Amira, Ain dan Aisyah saling berpandangan. Saya tanya dekat Amira betulke orang yang sikat rambut itu saya . Amira bertegas dia cakap ye betul. Aku nampak kau pakai baju kelas kita kan warna hitam. baju kelas tu ada nama kau tau.

" mungkin Yasmin kot Amira, badan dia kan lebih kurang macam saya" 

 Disebabkan kitaorang berkeras tak nak kata apa yang Amira nampak pagi tadi ialah benda itu, so kitaorang decide nak tanya Yasmin (kelas lain yang duduk dekat katil bawah saya) if dia ada tak sikat rambut pagi tadi and dia bangun pukul berapa. Kalau jawapan dia match ... ha maka kes ditutup,, kalau tidak ........... faham - faham sendiri la.. Lepas dah habis kelas then naik dorm, kitaorang pun ramai - ramai terus serbu yasmin . dah macam interview artis pulak.

 

"  Yasmin pakai baju warna apa malam semalam? "

" haa..warna kuning. kenapa mira? "

"Yasmin bangun pukul berapa and ada sikat rambut tak pagi tadi? "

" kita bangun lewat sikit sebab mamnu' (period) hehe dalam pukul 6. pagi tadi kita takde pulak sikat rambut"


Ha sudah. Masing - masing diam membisu. lepastu Suhaila yang alim bab agama ini dia cakap dengan kitaorang mungkin itu jin qarin. Jin qarin ni dia ada dekat setiap seorang daripada kita sejak kita lahir lagi.


 

Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa Jin dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]

Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim) 

( sumber wikipedia )






THE END. 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Comments