Posts

PENGALAMAN SERAM (REAL) SEMASA DI ASRAMA

Image
  Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum hari ini saya ingin menceritakan pengalaman seram saya semasa menetap di asraama pada tahun lalu iaitu pada tahun 2022.  Ok kisahnya bermula begini, sejak melangkah masuk ke tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di negeri yang terletak di selatan tanah air. Saya memang tidak tinggal di asrama. Tetapi sekolah agama ini ada dua alam iaitu bagi pelajar yang kediamannya jauh dari sekolah disediakan asrama untuk mereka menetap manakala pelajar yang rumahnya dekat sahaja mereka berulang - alik setiap hari ke sekolah. Namun tidak semestinya begitu, sesiapa yang tinggal berdekatan ingin tinggal di asrama juga boleh memohon jika terdapat kekosongan. Rumah saya sememangnya dekat dengan sekolah, kurang lebih 5 minit menaiki kereta dah boleh sampai. Tapi nak jalan kaki memang dikira jauh la jugak. Tapi masa Form 1 , ayah saya pernah isikan borang untuk saya tinggal di asrama tapi tidak berjaya kerana perlu diberi keutamaan kepada orang lain kerana tiada ke